Tazkirah bertajuk “Al-Fatihah”

>> Tuesday, July 7, 2009

Rasulullah S.A.W bersabda “Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati.” Maksud sabda Rasulullah S.A.W ini bukanlah hanya kita fikir tentang mati, kita jadi orang yang bijak. Tetapi maksud tersiratnya ialah semakin banyak kita mengingati kematian semakin banyak amalan yang akan kita buat dan kerjakan.

Kawan-kawan sekalian,

Syukur kita kehadrat Ilahi kerana didunia ini kita hidup dalam keadaan sempurna dan penuh dengan kenikmatan. Semakin banyak kita menikmati kenikmatan hidup semakin sombong dan angkuh. Lupa kita nak fikirkan soal amal ibadat

Bismillahirrahmanirahim

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tuhan Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Tuhan yang menguasai hari kebangkitan (kiamat)”

Al-Fatihah ayat 1-3

Dalam Surah Al-Fatihah, kita sendiri menyaksikan dan berikrar dengan hati dan lisan bahawa sesungguhnya hari kiamat pasti akan tiba. Dan dalam Surah Al-Fatihah juga, kita memohon agar dimasukkan ke dalam golongan yang diredhai oleh Allah S.W.T, dan kita juga meminta agar tidak dimasukkan dalam golongan orang yang dimurkai oleh Allah dan dijauhkan dari golongan yang sesat (menyembah berhala).

Sebab itulah kawan-kawan sekalian, Al-Fatihah dijadikan rukun dalam solat. Alangkah ruginya kita mengabaikan solat dan terus lupa mengingati Allah. Sesungguhnya kematian pasti akan tiba.


Disampaikan oleh saudara Mohd Sufian

0 comments:

  © Blog design by amir muni azrul cop kecik

Back to TOP