Selamat Datang

>> Friday, July 31, 2009

Selamat Datang ke blog Kursus Induksi HSBB Kumpulan ke-8 2009 (TMTC Northern)

Read more...

Lagu Kristal

Read more...

Carta Organisasi HSBB 8/2009

>> Thursday, July 30, 2009

Penghulu
Mohd Hafiz Bin Abu Bakar

Timbalan Penghulu
Mohamad Norzaidi Bin Mohd Taridi

Setiausaha
Noor Mannisa Husna Bt Jamalludin

Bendahari
Norhidayah Bt Che Mohamed

Biro Kebajikan dan Sosial
Najib Durani Bin Mohammad
Exco
Muhammad Fadzli Bin Fadzil

Biro Sukan dan Rekreasi
Mahfuz Bin Othman
Exco
Mohd Zulfadli Bin Muhammad @ Yusuf

Biro Agama
Mohd Aminuddin Bin Mohd Yusoff
Exco
Siti Hajar Bt Ahmad Zamri

Biro Acara
Nazarit Sofia Bt Fauzun
Exco
Luqmannulhakim Bin Mohamad Idris

Biro Makanan
Salahuddin Bin Ahmad Swnawi
Exco
Mohamad Anas Bin Baharuddin

Biro Penginapan
Mohd Syawal Syahdan Bin Mohamed Zin
Exco
Dzuriana Bt Dzulyadin

Biro Keselamatan
Rosini A/P Sunderam
Exco
Mohd Khairul Hafez Bin Abdul Gaffar

Biro Blog
Ahmad Hasmuni Bin Che Hussin
Exco
Mohd Amir bin Alias
Azrul Shahril bin Ibrahim
Mohd Yusof bin Mohd Nazir

Read more...

Video Montaj Majlis Penutup

>> Friday, July 24, 2009

Read more...

Aktiviti Berkumpulan

>> Saturday, July 18, 2009

Aktiviti berkumpulan merangkumi beberapa management games termasuk aktiviti Mencari Harta Karun dan persembahan untuk Majlis Makan Malam Amal. Kami dibahagikan kepada 12 kumpulan mengikut nama Gunung yang terdapat di Malaysia, iaitu:

Gunung Mat Cincang
Gunung Datuk
Gunung Murut
Gunung Tebu
Gunung Kinabalu
Gunung Telapak Buruk
Gunung Angsi
Gunung Senyum
Gunung Ayam
Gunung Santubong
Gunung Berembun
Gunung Tahan

Read more...

Majlis Makan Malam Amal

>> Wednesday, July 15, 2009

Majlis Makan Malam Amal dijalankan pada 15hb.Julai 2009. bagi meraikan anak-anak yatim dari pusat tahfiz serta menyampaikan sumbangan amal. Tetamu Disajikan dengan pelbagai jenis makanan. Terdapat pelbagai jenis persembahan dipersembahkan oleh peserta-peserta Kursus Induksi HSBB Kumpulan 8/2009 pada malam tersebut. Persembahan ini dipersembahkan mengikut kumpulan masing-masing.






































Read more...

Pendakian ke Bukit Larut dan Gunung Hijau

>> Tuesday, July 14, 2009

12.07.2009- Pendakian ke Bukit Larut dan Gunung Hijau bermula sekitar jam 8 pagi. Hujan di pagi hari tidak menghalang para perserta/pendaki meneruskan usaha untuk sampai ke puncak. Pendakian ini melibatkan jarak sejauh 14 km ke Bukit Larut dan disusuli pendakian sejauh 1.5 km dari Bukit Larut ke Gunung Hijau. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk sifat suka bersukan bagi menjaga kesihatan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mendedahkan para perserta tentang alam sekitar dan pentingnya menjaga hutan kita.







































Read more...

Aktiviti Sukaneka

>> Friday, July 10, 2009

Aktiviti sukaneka yang dijalankan melibatkan aktiviti sukan seperti tarik tali, lari dalam guni dan sebagainya yang dijalankan setiap petang dan pada sebelah malam 13hb. Julai 2009.








































Read more...

Aktiviti Mencipta Logo Kumpulan

>> Thursday, July 9, 2009

Aktiviti mencipta logo kumpulan. Aktiviti ini bertujuan merapatkan hubungan antara peserta dan memupuk semangat setia kawan.





Read more...

Mencari Harta Karun (5.7.2009)

>> Wednesday, July 8, 2009

Aktiviti mencari harta karun pada hari Ahad 5/Julai 2009 di sekitar Bandar Taiping. Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.





















Read more...

Tazkirah bertajuk “Al-Fatihah”

>> Tuesday, July 7, 2009

Rasulullah S.A.W bersabda “Orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati.” Maksud sabda Rasulullah S.A.W ini bukanlah hanya kita fikir tentang mati, kita jadi orang yang bijak. Tetapi maksud tersiratnya ialah semakin banyak kita mengingati kematian semakin banyak amalan yang akan kita buat dan kerjakan.

Kawan-kawan sekalian,

Syukur kita kehadrat Ilahi kerana didunia ini kita hidup dalam keadaan sempurna dan penuh dengan kenikmatan. Semakin banyak kita menikmati kenikmatan hidup semakin sombong dan angkuh. Lupa kita nak fikirkan soal amal ibadat

Bismillahirrahmanirahim

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tuhan Yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Tuhan yang menguasai hari kebangkitan (kiamat)”

Al-Fatihah ayat 1-3

Dalam Surah Al-Fatihah, kita sendiri menyaksikan dan berikrar dengan hati dan lisan bahawa sesungguhnya hari kiamat pasti akan tiba. Dan dalam Surah Al-Fatihah juga, kita memohon agar dimasukkan ke dalam golongan yang diredhai oleh Allah S.W.T, dan kita juga meminta agar tidak dimasukkan dalam golongan orang yang dimurkai oleh Allah dan dijauhkan dari golongan yang sesat (menyembah berhala).

Sebab itulah kawan-kawan sekalian, Al-Fatihah dijadikan rukun dalam solat. Alangkah ruginya kita mengabaikan solat dan terus lupa mengingati Allah. Sesungguhnya kematian pasti akan tiba.


Disampaikan oleh saudara Mohd Sufian

Read more...

Tazkirah Bertajuk 'Sabar'

Renungilah firman ALLAH Taala:
Ertinya:
Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.:
Al-Ma'arij-5

Ada ketikanya kamu tertanya-tanya di dalam hatimu,
apakah keindahan yang terdapat di dalam sifat sabar itu?
Ia adalah keindahan jiwa yang tenang dan reda kepada
ALLAH...yang meyakini bahawa ia tidak memiliki sedikitpun
kekuatan...kerana segala sesuatunya berada di tangan
ALLAH...DIA pemilik segala sesuatu dan selainnya adalah
milikNya. Makhluk tidak mampu menolak dengan apa yang
telah ditentukan ALLAH.Dengan itu hati menjadi sabar,
tenang tanpa berkeluh kesah,bersedih apatah lagi bersu-
sah hati.

Bersabar atas kejadian yang menimpa itu indah
Sabar bermanfaat bagi kaum yang ditimpa kepedihan
Sabar sebagai sandaran ketika ditimpa musibah
Bila kamu ditimpa kesusahan sepanjang waktu

Manusia yang sabar akan dipenuhi keperluannya
Dia menuju pintu kebahagian
Kebaikan ada dalam kesabaran
Kesabaran pasti membuahkan hasil pahala


Regards,

Mohd Aminuddin bin Mohd Yusoff (Amin)

Biro Agama

Read more...

  © Blog design by amir muni azrul cop kecik

Back to TOP